Wednesday, May 19, 2010

Semoga Aisyah (Ecah) tenang di sana....

Al-Fatihah buat Aisyah....
Takziah buat Mai & Razif, smg kalian tabah menghadapi dugaan yg amat berat ini

Tiada sape sangka bila trima berita ni.... apatah lagi anak kecil itu sangat keletah dan ceria, mudah mesra dengan sesiapa sahaja...

Kita yang melihat dan mendengar pun tak tertahan kesedihannya apatah lagi keluarga yang menghadapinya...

Tiada kata2 yg dpt diucapkan melainkan semoga mai & razif kuat dalam meniti hari tanpa anakanda tersayang tiada lagi disisi dan semoga tabah serta redha dengan kepergiannya....

Buat Aisyah; Al-Fatihah.....

Thursday, February 11, 2010

Tragedi 11022010

11 Februari 2010

Macam2 berlaku pd tarikh ni.
  • Aku & umi gi MQA untuk antar dokumen tp kena reject. So, nampaknya kena wat balik lah lepas ni ye....
  • Stor kptm ktn terbakar. kereta aku lak parking kat situ. kunci kereta aku x tinggal kt guard, aku bwk gi kl. Amat MENCEMASKAN... Aku terima panggilan dr TPA lbh krg kul 12:15 tengahari. pastu, Pak Engku, Abg Sham Driver n K. Bed. Aku dah x tau nak wat per. Hanya pd diorang lah aku mintak tolong untuk ikhtiarkan... Aku dah mcm nak pitam pun ader...
  • Lbh krg kul 1:30 aku dpt col keta aku selamat. STAF & STUDENT (20 ORG) ANGKAT KETA AKU!!! Alhamdulillah..., x dpt aku nak bayangkan macamana keadaan masa tu.

PADA SMUA STAFF & STUDENT KPTM KTN YG BANYAK MENOLONG & MENGAMBIL BERAT PADA AKU, JASA KALIAN SEMUA AMAT BESAR MAKNANYA PADA AKU & FAMILY. TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA............

Wednesday, January 13, 2010

ALHAMDULILLAH.... semuanya dah selamat

1st...

Alhamdulillah... syukur ke hadrat illahi, aku telah selamat melahirkan anakku yang ke-2, baby boy, pada tanggal 8 November 2009 jam 0714 di HTAA.

2nd...

Thanx a lot wat smua yg mendoakan, melawat n beri present! TERIMA KASIH!!!!!!!!!

3rd...

Gambar baby nanti dulu kot coz lum ada masa lagi nak upload. Nanti la yek!!

Thursday, October 22, 2009

Debaran Dalam Menghitung Hari...

"Menghitung Hari, Detik Demi Detik....."

Xcited ader, Takut ader n macam2 perasaan bercampur dlm kepala skarang ni... Ye lah, wlaupun ni 2nd baby tp pengalamannyer of course x sama kan??? (itu yg slalu kwn2 n doktor2 ckp). Nak2 plak, pengalaman pertama dulu dah mcm2 kes, hai......

Apa yg leh aku wat, just kuatkan semangat n try berfikiran positif. And, yg penting, berdoa n bertawakal kepada-Nya, mudah2an semuanya selamat n dipermudahkan...

Kepada semua kawan2, dikesempatan ni aku menyusun 10 jari memohon ampun n maaf di atas segala kesilapan n kesalahan, zahir n batin serta halalkan segala yang termakan n terminum yek coz orang slalu berkata, "nyawa perempuan yang akan melahirkan ni bila tiba masanya nanti, proses kelahiran itu umpama nyawanya di hujung rambut".

Tuesday, August 25, 2009

"Pulihkanlah Anak Kami Ya Allah ....."



2 hari lepas, pengasuh avien ada bgtau yg nurin (anak jururawat yang dia jaga) tu sakit tangan, kaki n mulut. aku cuak la coz sakit tu kan berjangkit n mintak dia control supaya diorg jgn main sama2.

Malam tadi, avien langsung x nak makan n minum. Tido pun x sampai ke pagi. Asyik merengek jer.....

Aku tanya la dia kot2 sakit perut ker, nak makan nasik ker, nak susu ker tp smua tu dia x mau. sabar jer la....

Entah cam ner, pg ni OTW nak gi umah mama dia (pengasuh), aku tergerak hati nak tanya,"Kakak (avien) sakit mulut ker?" dan dia terus angguk. Aku terus x sedap hati n sampai jer kt umah mama dia terus citer yg avien x makan n tido dari semalam n mintak dia tgk klu2 berjangkit ngan kawan dia...

Masa kat office, lbh krg kul 11 a.m, mama avien call n bgtau ada tanda bintik2 merah kat tapak tangan, kaki n lidah dia cam ada ulser! Mengucap panjang ler aku n terus call hubby bagitau!

"Ya Allah, selamatkan puteri kami ini. Pulihkanlah dia segera. Hilangkanlah kesakitan yang dialaminya ini. amin........"

p/s: petang ni gak kami akan bawak avien gi Klinik Iman. Harap2 avien sembuh ngan segera.

Fikir2kan lah.......

Tidak perlu mencari teman secantik Balqis
Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharap teman setampan Yusuf
Jika kasih tidak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari teman seteguh Ibrahim
Andai diri tidak sekuat Hajar
Dan…
Mengapa didambakan teman hidup sesempurna Rasulullah s.a.w
Jika ada kekurangan pada dirimu
Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan
Carilah kebaikan pada dirinya
Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia menjadi milikmu selamanya…..

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan 1431H

Pejam celik, pejam celik
Ramadhan kembali menyusul..
Salam Ramadhan wat smua teman2 seperjuangan......